October 18, 2007

Dari jauh kupohon kemaafan



Assalamualaikum wbt
Taqaaballahu minna waminkum :)
salam aidil fitri, maaf zahir batin. Kullu 'am wa antum bi khoyr

Alhamdulillah, baru sahaja tiba di rumah. 5 hari di kampung, hari raya pertama dan kedua di ulu yam selangor, hari ketiga di teluk intan dan hari raya keempat dan kelima di ipoh. Subhanallah,a lahamdulillah diberi kesempatan untuk bertemu saudara-mara. Sekiranya hari raya ini hanya dianggap sebagai adat, maka ia kan jadi satu adat untuk berhari raya dan bersuka ria. Namun, andai dititipkan hari raya ini untuk memuji kebesaran Allah, maka ia kan jadi ibadah. Andai dititipkan dalam hati, ziarah saudara mara hanya sekadara adat berhari raya, maka itulah sahaja yang dapat, raya. Namun, andai beramal dengan hadis rasulullah saw, yg bermaksud
"Sesungguhnya apabila seorang mukmin bertemu sesama mereka, kemudian memberi salam dan mengambil tangannya berjabat tangan, maka kesalahan-kesalahan keduanya berguguran seperti gugurnya daun-daun pokok." (HR at-Thabari dalam al-Ausath). Maka hulurkanlah kemaafan dengan hati yang benar-benar ikhlas, agarkan kesalahan-kesalahan kita juga kan berguguran, insya allah.


Dan, apa yang lebih penting, adalah dalam perjalanan hari raya, sudahkah kita mentadabbur kejadian alam. Perjalanan dari Kelantan pada siang hari menjadikan hati semakin sejuk dan takjub dengan ciptaan Allah. Dari KB- Gua Musang- Kuala Lipis- Bentong - Bangi - Seremban, memang menjadikan hati cukup terharu. Kejadian alam, dengan gunung-gunung yang menghijau, sungai-sungai yang masih belum tercemar, cuaca yang cukup redup mengingatkan diri dengan janji Allah tentang syurga. Mana kan mungkin disamakan syurga dunia dan syurga akhirat. Semuanya tidak sama, namun, andai alam ini mampu mengingatkan kewujudan dunia lain di sana, maka itulah lebih baik,dari langsung tidak terfikir tentang alam di sana.

Tahun ini, di selangor atau di perak, 3 soalan utama : i) Nurul, aunty nak check gigi..Gusi asyik berdarah jer.. ii) Nurul habis bila?, iii) Nurul, bila nak kahwin?

Soalan pertama dan kedua saya berlapang dada menjawab. Walaupun, saya tidak membuka cerita tentang dental, dentistry, dentist atau sebagainya yang berkaitan dengan bidang saya, saudara mara yang akan bertanya. Namun, ada sekali saya bertanya kepada Usu : "Usu, kenapa gigi Amie?" Usu tergelak besar, "Usu, ingatkan Nurul nak tanya kenapa Fahmi, Faiz lain sangat perangai.Gigi juga yang dinampaknya ya?" Saya hanya tergelak. Dalam hati, rasa malu juga, apabila saya 'compartmentalize' manusia. Saya terlupa, manusia perlu dipandang sebagai manusia..Bukan sekadar manusia yang mempunyai 'oral cavity'. Saya teringat satu peristiwa ketika saya baru memasuki fasa klinikal, ketika saya sedang membeli belah dengan mak, pantang saya bertemu dengan orang yang mempunyai masalah gigi, saya akan senyum sendirian. Mak faham, dan dia menegur "Along, can you see people without their teeth??". Terima kasih mama, kerana menegur. Apapun, manusia adalah sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan untuk menjadi KhalifahNya. Seorang hamba Allah.Itu yang sebaik-baik pandangan.

Berbalik kepada soalan-soalan tadi..Soalan ketiga biasanya soalan yang menyebabkan saya terkial-kial mencari jawapan. Sepanjang 23 tahun, tahun ini yang paling hangat dengan soalan ini. Saya kebiasaannya akan menjawab "Biarlah rahsia" sambil tersengih. Penat juga sebenarnya nak melayan soalan-soalan ini. Saya ada keutamaan lain buat masa ini. Pengajian saya berbaki 29 minggu lagi sehingga May 2008(insya Allah). Kesibukan sebagai pelajar tahun akhir, menyebabkan saya terlupa sebentar dengan suatu perkara yang menyempurnakan sebahagian dari iman. Lagipun, saya tidak mahu kembali kepada cinta jahilyyah. Na'udzubillah min dzalik..

Saya akui, saya perlu memikirkan perkara baitul muslim ini, namun buat masa ini, saya menyerahkan kepada kedua ibu bapa saya, kepada Unit Baitul Muslim, untuk berusaha.Daripada pihak diri, doa yang mengiringi. Dan apa yang lebih penting, hadis rasulullah saw " Sebaik-baik perempuan, ialah apabila kamu memandangnya kamu akan berasa tenteram, apabila kamu tiada, diakan menjaga maruah kamu, dan apabila kamu tiada, dia kan menjaga amanah harta kamu". Besar makna rasulullah saw. 3 perkara yang perlu benar-benar dikuasai ilmu dan amal, i) keupayaan membahagiakan orang lain, ii) keupayaan menjaga maruah diri dan orang lain, iii) keupayaan dan kefaqihan ilmu tentang harta benda. Masya Allah, perkara ini perlu direnung oleh setiap muslimah untuk menjadi sayap kiri seorang zauj. Seandai diri masih belum mampu menguasai tahap stress, adakah diri mampu untuk menjadi penyejuk mata seorang zauj?


Teringat juga dalam surah ar rum:31, yang maksudnya, telah dijadikan di antara kamu pasangan isteri-isteri kamu di kalangan kamu agar kamu berasa kasih sayang dan belas kasihan kepadanya. Baitul Muslim perkara yang bukan boleh dipandang enteng. Baitul muslim sebagai wadah untuk menyemai cinta kepada Rabb, menjadikan usrah anak-anak yang mengenal Rabb mereka, yang menyediakan persiapan generasi imama al muttaqeen (pemimpin orang yang bertaqwa), dan memelihara diri dan keluarga dari api neraka (surah at tahrim). Berat bukan? Jadi tanpa persediaan rohani, aqal dan kewangan yang rapi, baitul muslim yang diidamkan takut berkecai sahaja. Maka pimpinlah diri agar benar-benar menjadi mar'atus solihah. Dan apabila tiba masanya, ia akan sampai, insya allah :)


Off topic about jodoh, ya :). Alhamdulillah, bertemu saudara mara. Saya teringat pesan sepupu ayah, "jangan sampai anak-anak kita nanti tak kenal saudara mereka". Hmm, jangan sampai kita tidak kenal saudara sendiri. Sepupu mungkin tiada masalah, Dua pupu, makcik saudara etc? Sudahkah kita kenal saudara kita sebagaimana kita mengenali diri kita? Kesusahan saudara mara kita sudahkah kita ambil peduli dan ambil tindakan untuk menolong mereka? Sudahkah? Inilah masanya kita bertanya khabar dan membantu sedaya mungkin. Teringat dalam satu iklan petronas (rasanya), pesan iklan tersebut mengatakan "sambutlah perayaan dengan rasa persaudaraan". Teringat kepada anak kak lang (Sarah) dengan sepupu yang paling kecil (Aina Safiya), kedua-duanya berlapang dada menyuapkan mee. Subhanallah, manusia yang masih dalam fitrah, hidup mereka juga sesejuk fitrah.




Mohon diri. Ada tetamu yang ingin menziarah. Sebagai seorang Muslim, wajib menunaikan hak seorang tetamu dan memuliakan mereka :)

Diri juga mohon diri.Mungkin posting kali ini, antara posting pengakhiran hingga May 2008. Saya tidak berani mengatakan ini posting terakhir, kerana mungkin ada perkara yang perlu saya khabarkan. Doakan kami, doakan agar segala urusan kami jadi satu ibadah dan dipermudahkan Allah untuk menjadi Pegawai Pergigian menjelang May 2008 ini. Doakan kami agar kami dapat memberi yang terbaik untuk ummah. Doakan kami..doakan untuk ummah..

Kullu amun wa antum bikhoyr









No comments: