September 27, 2007

Yang makin pelupa..

Apa dah jadi?
Mana janji yang dijanjikan?
Mengapa berkata sesuatu yang sendiri tak lakukan?
Mengapa terlupa sesuatu yang begitu agung di hadapan?
mangapa melupakan nikmat-nikmat kerajaan yang Maha Besar yang abadi?
Yang di dalamnya telah ditakdirkan setiap seorang kan mendapat air yang suci
dari telaga salsabila,
yang dihidangkan oleh Pemilik sebenar,
yang di dalamnya nan hijau yang cukup mendamaikan,
yang di dalamnya sungai-sungai yang menyamankan,
yang di dalamnya suhunya begitu selesa,
tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk,
yng di dalamnya pemuda-pemudi yang bermata jeli,
yang tidak pernah disentuh sesiapa,
yang begitu suci,
yang hanya berkata yang baik-baik?
kepada siapakah milik nikmat yang besar itu?
mereka itulah para Anbiya', yang benar, yang syahid dan yang soleh..


Wahai diri,
adakah hidupmu matimu ibadahmu untuk kesibukan yang tidak hilang-hilang?
mana ilmumu?
mana amalmu?
sekadar penyuburan aqal,
namun jiwa dan rohanimu kontang?
mana kesedaranmu?
mana tindakanmu?
sekadar bebelan-bebelan,
namun tiada usaha?

Wahai diri,
yang semakin pelupa?
mana amanahmu?
mana kesediaanmu menerima tanggungjawab itu?
hanya sekadar memandang, dan mengeluh?

Wahai diri..
mengapa kurasa,
kau menjadi orang lain????
mana tarafmu?
mana kedudukanmu?
mana keyakinanmu?
mana penghayatan ilmumu?
mana semangat yang membara?
mana pengharapanmu?
mana tawakalmu?

Wahai diri
yang makin pelupa..
lupakah dikau
akan tawaran mega makin sampai ke penghujung?
lupakah dikau
andai kau pergi meninggalkan tawaran ini,
tanpa pengampunan,
kau rugi besar?


wahai diri..
tiada yang dapat mengubah sesuatu kaum
melainkan dirinya sendiri..
wahai diri
sesugguhnya, seseorang itu hanya menerima
apa yang diusahakan..
nikmat yang besar, hanya utk yang berusaha
syurga dan neraka..
pilihlah..
nur dan jahiliyyah
pilihlah..
kerana kita hanya ada dua pilihan..
tiada di antara dua..

No comments: