April 08, 2007

Selamat Menghadapi Imtihan


Assalamualaikum wbt.


Buat teman sekalian,

mungkin sedang bertungkus lumus bersedia untuk peperiksaan.

cumanya sekadar tazkirah ringkas buat kita semua :


"Hanya segala 'amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul, maka hijrahnya kepada Allah dan rasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu" Riwayat Bukhari, Muslim


Jika kita niatkan ilmu ini untuk peperiksaan, maka lulus peperiksaan itulah natijahnya. Keluar dewan peperiksaan maka lupa lah segalanya. Sayangnya ilmu yang demikian hanya sekdar boleh digunakan untuk 2 jam peperiksaan. Tapi alangkah indahnya andai jihad ilmu ini adalah kerana Allah kerana segala makhluk di alam ini akan mendoakannya.
"Daripada Abu Darda’ Radhiallahu Anhu katanya: aku telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesiapa yang berusaha untuk menuntut ilmu, Allah akan mempermudah jalan baginya menuju ke syurga dan para malaikat mengembangkan sayapnya menaungi orang yang menuntut ilmu kerana suka akan mereka. Sesungguhnya orang yang alim juga akan dipohonkan keampunan baginya oleh sekalian makhluk yang berada di langit dan di bumi sehinggakan ikan-ikan di dalam air dan kelebihan seorang yang berilmu dengan seorang abid adalah seperti keleihan bulan purnama berbanding dengan bintang-bintang di langit. Sesungguhnya ulama’ itu pewaris para nabi dan sesungguhnya para nabi tidak sedikitpun meninggalkan harta walau satu dinar atau satu dirham, sesungguhnya mereka hanyalah mewariskan ilmu, maka sesiapa yang telah mendapatkan ilmu bermakna dia telah memperolehi bahagiannya yang besar."
Selamat berjaya di dunia dan akhirat.
Bittaufiq wannajah :)


No comments: