October 28, 2005

kenapa mesti marah?


do u realize sth on the cat's face? iyerk, soo hooodoh maa. tat's our face when we r angry.

assalamualaikum..
erm, kite selalu dgr bersabarlah. sabar dlm perjuangan, sbr dlm meniti kehidupan, sbr bila ditimpa musibah cthnye bila ditimpa kemalangan, kemiskinan dan kesakitan. tp jrg sgt kita dgr bersabarlah bila menahan marah. buktinya, bila sy type sabar dlm menahan marah, sket je keluar.

b4 further due, apa maksud marah?
Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhundri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Mrah itu bara api maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri makan hendaklah duduk, bila ia sedang duduk hendaklah bersandar (berbaring)."
-bila marah itu bara api, yg rosakkan hati kita
-bila marah duduklah, atau berbaringlah, jgn dilayan..
(erm, bila marah, tahanlah, jgnlah dilayan.pesanan buat diri. erm knapa nk marah bila tempat klinikal ditukar tetiba? bnda kecik je kan?)

apa jadi bila marah?
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhundri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Awaslah kamu dari marah-marah, kerana marah itu bererti menyalakan api dalam kalbu anak Adam, tidakkah kamu melihat seseorang yang marah itu merah matanya dan tegang urat-uarat lehernya, kerana itu bila seseorang merasakan yang demikian hendaklah berbaring dan meletakkan badannya ditanah."

kenapa orang yg marah tu org yg lebih kuat? sbb dah ada dlm hadis
(ikutkan hati sy ari tu, nk je guna ilmu silat sy..)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Yang dikatakan orang kuat bukanlah orang yang menang bergulat tetapi yang dikatakan orang kuat adalah orang yang dapat mengendalikan dirinya pada waktu marah." (HR. Bukhari dan Muslim).

apa kita dapat kalau thn marah?
Abu Umamah Albahili r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang dapat menahan marah padahal ia dapat (kuasa) untuk memuaskan marahnya itu, tetapi tidak dipuaskan bahkan tetap ditahan/disabarkan, maka Allah s.w.t. mengisi hatinya dengan keridhoan pada hari kiamat."

Dari Mu'adz bin Anas radhiyallahu 'anhu bahwasanya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Barangsiapa yang menahan marah padahal sebenarnya ia bisa untuk melampiaskannya maka nanti pada hari kiamat Allah subhanahu wa ta'ala akan memanggilnya di hadapan sekalian makhluk kemudian ia disuruh untuk memilih bidadari yang cantik jelita sesuai dengan yang diinginkannya." (HR. Abu Daud dan Tirmidzi).

so, nak marah2 lagi ke? ishk bnykkan sabar lah cik adik. sbbnya Allah dah janji macam2 dah kat kita. bidadari,redha Allah pd hari kiamat, x nak ker?
bagilah kemaafan.

erm, k,lah x nk marah2 lg. patutnya ramadhan ni berjaya bentuk hati kita. kalo selama ni pemarah, skrang jd penyabar, kalo dulu perungut, skrg kita jd redha dgn sgala2 nya, kalo dulu bersangka buruk skarang kena bersangka baik, kalo dulu tergopoh gapah skrg patutnya makin tenang..
tp kalo sume tu x der lagi, maknanya ramadhan kali ni rugilah.. erm alahai, kesian diri, rugi teruk rupanya.hopefully x muflis.

wallahu 'alam
to be cont..



October 24, 2005

Alamak..alamak!!

Assalamualaikum..
Fenomena biasa bila tinggal 10 hari lagi ramadhan nk meninggalkan kita..

"Alamak, bnyk benda yg x buat lg ni. Ada 2 major checklist yg tak x buat lg.. Adoisempat ke nk buat semua ni??"

Let us check, the two major cheklists..
A) persiapan nk tinggalkan ramadhan..
-alamak, tudung raya x beli lagi, corak baju warna biru, mesti kena match..
- ala, baju raya thn ni sepasang jer, x beznyer, kna shopping lg ni
- ishk, kuih raya x buat lg, nnti org bising..
- hp aku x de ringtone raya lg lah, x meriahnya..
- ala, x de hadiah ar nk bg kat dia, bila ziarah rumah dia...
- ala, kad raya x tulis lg ni!!
- alamak, banyaknye benda kena buat!! sempat ker??

B) persiapan nk tinggalkan ramadhan..
- astaghfirullah, keampunan Allah aku dah dapat ke?
- subhanallah, ada mlm lalitul qadr, aku kena maksimumkan ibadah ni, sekali setahun je jumble
sale ni..
- sedihnya, al quran x terkhatam lagi..terjemahan pun jarang baca..
- alamak, sedihnya, solat aku masih x memelihara diriku dari munkar..sedihnya
- alamak, mlm td x terbangun qiam..ari ni kena iktikaf sbagai ganti nih!
- alamak, semalam x baca al-quran pun, kena 'qada' balik ni.mesti bnyk baca quran ari ni.,.
- alamak, semalam masih mengumpat org, ari ni kena minta maaf ni..
- alamak, semalam bersangka buruk dgn org, kena bnykkan zikrullah ni..
- alamak,smlm ada pengemis minta sedekah, aku buat dunno jer, kena bersedekah ari ni..
- alamak, banyaknyer kerja x buat lagi ni..!! Sempat ke ni??

Persoalannya mana kita letak priority. Checklist A or cheklist B? Alhamdulillah buat antum yg pilih checklist B, tp kalo kita utamakan checklist A, aduhai, malangnya nasib.. Fikir2kan wahai diri..wallahu 'alam

October 20, 2005

andai ini ramadhan terakhir..

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

i was touched when i read this poet, " Andai ini ramadhan terakhir". I think it is so touchy, and i sugest my friends to read it,and reach deep down to ur soul..insya allah..http://www.jaring.my/weblog/comments.php?id=1164

focussss!!

Dengan nama Allah, sebagai pembuka bicara..

15 Ramadhan 1426, 19 Oktober 2005.

Semalam, sy dengar digital Quran bacaan Imam Said Al Ghamidi. Kebetulan, buka2 terus dengar ayat ni...

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ(115)فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya untuk bermain2 sahaja? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. (Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)

Aduh, terasanya sy bila terbaca tafsiran tu. Sy bersyukur sgt2, buka2 terus terjumpa ayat yg mampu buat sy rasa malu dgn Pencipta sy.. " Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu( dari tiada kepada ada) hanya untuk bermain2 sahaja?" Aduh, memang sgt terasa. Betapa selama 22 thn (mengikut perkiraan thn islam) hidup ini hanya a waste. Sedih sgt. Selama ni sy bnyk main, ivadah main2, blajar main2, makan main2..sume nyer sy x serius. Sy jarang membuat sesuatu hanya kerana Allah. Jarang..Bila jalan dgn kwn pun bincang benda main2. Sy terlupa, bahawa cAllah x menciptakan sesuatu hanya sa2, dan sy terlupa akhiran sy ialah, kepadaNya jua...

Astaghfirullah al azhim.. Ramadhan hanya beberapa hari, tetapi ibadah yg dilakukan hanya main2, ibadah x sepadan dgn 16 hari yg penuh barakah..skejap ada, kejap x de..Jadi lantaran iu sahabat, sy menasihati diri juga rakan2 sekalian, bersama2 lah kita memaksimakan bulan ramadhan ini. Bagaimana kalo ramadhan kali ini, ramadhan terakhir. Betapa ruginya kita kalau begitu. Kalau buka laptop tu, banyakkanlah dengar bacaan al-quran terutama buat kaum hawa yg Allah bg cuti tambahan. Bila nk ke kuliah tu, basahkanlah lidahmu dgn Zikrullah, bila surf internet tu,(buka frenster) bglah testimonial yg meningkatkan iman.. Sama2 ya shbt? Kita rasakan bulan Ramadhan lah masanya untuk kita berubah. Dlm belajar tu blajar lah betul, jgn main2 dah. Sbbnya sume yg kita lakukan bukan untuk main2 tp utk redha Allah juga.. Sama2 ya sahabat?...

Ps: kepada teman2 yg akan menghadapi final x lama lg, ana hadiahkan ayat td untuk antum semua, sebagai booster antum/antunna semua. Belajarlah betul2 jgn main( pesanan buat diri juga).. Kerana Allah lah tujuan hakiki kita...Wallahu a'lam

October 19, 2005

aku terlalu mengasihimu..


Assalamualaikum..

14 Ramadhan 1426
18 Oktober 2005
6.45pm

‘ Diyana, waktu diyana beli makanan td, hp diyana x henti2 bunyi. Tgklah ada msg penting kot” .. saya terus buka hp, dan sy betul2 terkesan dgn msg sahabat sy itu.

“ Salam.. Dengan nama Allah ana memberi nasihat.Ayuh bangunlah sof pejuang agama Allah, sama2 berhijrah ke arah kebaikan kerana Allah, penuhkanlah sof hadapan dalam menuntut ilmu, dakwah bilhal i2 lbh trkesan bg manusia, trjemahkan kesungguhanmu mengejar redhaNya dgn dtg awal ke kuliah dn pnuhkn brisan hdpab,mulaknlah dgn dri kita, insya Allah saudara2 kita akan menyusul..Tlglah hayati kata2 ini dengan hati yg ingat pd Allah”..
mata sy terus berair, hati cukup tersentuh dgn ingatan ikhlasnya itu..

Ya Allah, betapa shbtku ini terlalu mengasihiku, lantaran itu dia memberi ingatan ikhlasnya kepadaku. Kerana kasihnya pdku keranaMu, dia sedar sy makin lama makin x serius dlm study sy, ke kuliah pun makin lama makin lewat, makin lama makin sof belakang sy duduk. Subhanallah! Maha SuciMu Ya Allah, atas tautan ini..Sy tidak berapa rapat dgnnya, hanya pernah sekumpulan dgn dia wktu 1st year, n sejemaah, tp dia cukup concern pasal sy. Aduh sahabat, kenapa Diyana x pernah ada perasaan sebegitu terhadap kalian? Aduh sahabat, betapa beruntungnya kalian dikurniakan kemanisan berukhwah hanya keranaNya.. Terima kasih sahabat. Terima kasih yg x terhingga ana ucapkan kepada antunna semua. Betapa ana bersyukur atas pertemuan ini.. Terlalu bersyukur. Ya Allah, kupohon padaMu, kurniakanlah aku kemanisan berukhwah keranaMu, dan izinkanlah aku mengasihi semua sahabat2ku keranaMu Ya Allah. Sahabat2 ku itu cukup mengasihiku,lantaran itu izinkanlah aku mengasihi mereka lebih dari mereka mengasihiku, hanya kerana RedhaMu jua yg kuharapkan..

Sy mmg x serius dlm akademik sy sejak akhir2 ni. Asyk fikir nk balik..walaupun sy x pernah bg tahu shbt itu, tp dia sedar. Aduhai, itukah sahabat sebenar, sntiasa cncern pasal kita walau jarang bersua? Aduh sahabat, aku terlalu terharu..Dan semalam, hati asyik menangis berrfikir, benarkah aku shbt dunia dan akhirat kpd teman2ku....

Sahabat yg kukasihi sekalian. Aku ingin engkau juga merasakan apa yg aku rasakan. Nikmat Islam, manisnya Iman, dan indahnya berukhwah kerana Allah. Terlalu indah sahabatku sekalian. X terungkap dengan kata2...Lantaran itu shbt, izinkanlah aku berukhwah dgnmu, hanya kerana Allah. Mungkin aku perlukan masa utk jadi seperti shbtku itu, yg sentiasa mengambil berat walaupun jarang sekali berjumpa, bergurau senda, dan menemani sentiasa. Tp, akan kucuba sedaya upaya..

”ya Allah, Engkau mengetahui hati2 ini berkumpul kerana mengasihimu,bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati2 ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah, akan ikatannya, Kekalkanlah kemesraan hati2 ini akan jalanNya yg sebenar, Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yg tidak knjung malap. Lapangkanlah hati2 ini dgn limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kpdMu. Hidup seburkanl hati2 ini dengan makrifa ttg Mu.. Jika Engkau mentakdirkan kami mati, maka matikanlah hati2 kami sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agamaMu. Engkalah sebaik2 sandaran dan sebaik2 penolong”

October 17, 2005

anggur dan strawberry


assalamualaikum..

ari ni hati sy betul macam strawberry yg merah yg cukup manis, macam tu jugak rasa manisnya anggur. dah lama mencari hati yg macam ni. hati yg sentiasa tersenyum, hati yg terasa manisnya macam buah anggur dgn strawberi. Terima kasih Ya Rabbi, atas kurniaan perasaan ini. Terlalu betapa aku mengharapkan perasaan seperti ini hadir selalu..

Jarang sekali ada perasaan mcm ni. Terasa hati cukup tenang. Rasa sgt manisnya mcm buah anggur dgn strawberi dlm hati sy. Smlm, sy bagi msg psl buah2n kat kwn2 sy. dan alhamdulillah, ada yg describe sy spprti grape, strawberi, orange,lemon..terima kasih shbt2..

Apabila nikmat iman tu terasa indahnya, kita x kan berdolak dalih untuk melakukan segala perintahNya, kita x kan rasa terkilan untuk meniggalkan larangaNya,kerana kita yakin, kepayahan bersabar untuk melaksanakan perintahNya dan meninggalkan hati yg meronta2 untuk berseronok, adalah lebih lebih lebih berharga untuk diri sendiri, kerana kita yakin, Allah lah tujuan hakiki kita...

Tetapi, kekadang, kita terpaksa akui, dalam kita merasakan nikmat, terkadang, nafsu menguasai diri..mcm strawberi dgn anggur, x semua yg nmpk elok tu manis je rasanya. Kekadang ada yg rosak, tanpa kita sedari, bila dah masuk mulut baru perasan, argh, buah busuk rupanya..Macam tu jugak iman kita, kalau x dibajai dengan baja yg terbaik-Iman, tanpa disiram dengan air terbaik-Amal, kita mungkin akan menghasilkan buah yg busuk...

dan kerana itu, kita x mampu nk berdiri2 sorang kat bumi ni.Susah! lantaran itu, kita perlukan sokongan dari teman, pengingat ketika alpa, penyeri kietika kita berduka..etc..aduhai, terlau sukar diungkapkan indahnya berukhwah seperti mana rasulullah saw dan sahabatnya dahulu. X perlu shbt itu mengucapkan, aku dlm kesusahan, tetapi cukuplah dgn senyuman shbtnya itu, menenangkan hati. Xperlu mengatakan aku gembira, kera dia tahu, kita sudah gembira dgn segala apa yg Allah kurniakan..

tapi, bukan mudah berukhwah kerana Allah semata2.memang kuakui bukan mudah.. terlalu sukar!tetapi, sebagai diri, jgnlah menunggu org utk berukhwah dgn kita dahulu, kitalah pemula. Bertanya khabarlah selalu, berilah senyuman selalu, ungkapkanlah "Ana uhubbuki fillah" selalu..(Erm bukan utk makwe pakwe je ehh?), rasakanlah dalam hati apa yg dirasai, be alert dgn keadaan org sekeliling, apa gunanya dia bersedih, sedangkan hati kita kegembiraan..letakkanlah dirimu dlm kasut org itu..

Teringat satu program yg sy pernah pergi. Kami dibahagikan 1 kump 3 orang. Dan salah seorang kena jadi ketua. Kesemua diberi air yg jernih.Masing2 kepenatan, n terus teguk air.. X sangka rupanya salah seorang dari kami kena minum air masin...Dan akhirnya, lagi 2 orang kena marah, sbb lgsung x tengok muka kwn kami yg terpaksa minum air masin dlm penat. Yg kami tahu, rezeki dah ada depan mata, apa lg, sambarlah.. Aduhai,lemahnya perasaan untuk berukhwah..cam tulah analoginya, bila kita senang, tgklah keadaan sekeliling sebelum kita btol2 puas dgn nikmat kita..tgk observe n observe.kenapa x perasan yg kwn td slow je minum die.kenpa td x perasan muka kwn tu kelat je?kenapa..kenapa??

sy tahu, senang nyer nk bercakap..
tp sama2 lah kita perbaiki..sama2lah kita cuba ke arah yg lebih baik..Ramadhan lagi berapa hari jer..tp natijah setakat ni x nmpk satu apapun....Wallahu 'alam.

siapapun sy, sy cuba utk menjadikan shbt2 sy shbt strawberi dan shbt grape sy..
Which one would u define me? A)Orange, B)Lemon, C) apple D) Grape, E) Strawberi..
A) i'm ur enemy, B) I'm ur cool friend c) I'm ur sweet loving fren D) I'. close to u E) I luv u...
sy hadiahkan sumer buah ni utk shbt sy,yg bg sy strawberi sy bls dgn strawberi, yg bg sy lemon pun sy bg blk strawberi..kerana sy mengasihi semua shbt sy...