December 29, 2005

kenagan manis saya ialah...

Bismillahirrahamanirrahim..

“Kenangan Ana yg Paling Manis …”

“kenangan ana yg paling mansi ialah apabila ana mengenali Allah”.
Ahh, itu rupanya jawapan yg kucari selama ini dalam dirinya..

Sewaktu minggu orientasi, sy ternampak dia, cukup ayu, dengan tudung labuhnya, dengan sopan yg menghiasi diri, dengan senyum yg sentiasa menyerikan wajah, yg sentiasa pandangan terjaga. Terasa ingin memulakan salam perkenalan, tetapi lantaran terasa diri yg kerdil berbanding dengannya, sy pendamkan dulu salam ta’aruf.

Tetapi alhamdulillah, sewaktu 1st year saya dalam satu kumpulan dengannya. Walaupun begitu, sy tak mengambil kesempatan untuk mengenalinya lebih dalam. Segan, dia belajar di Maahad P sedangkan sy, walaupun sekolah agama, tetapi akhlak sy tak seindah dia.

Saya lihat dia begitu tenang, x pernah marah, x pernah masam, masih boleh senyum walaupun orang lain dalam kalut prepare untuk pro 1, yg bagi kami macam life and death decision. Sebelum kuliah, shbt2 sy baca doa.Begitu juga dia, tp dia lebih lama baca doa, penus kudus, penuh khusyuk. Apabila seusai kuliah, mulut dia terkumat-kamit membacakan sesuatu. Entah apa yg dia baca, sy tak tahu..

Bila dengan orang yg dia tak rapat, perbualan dia, kelakuan dia sama sahaja dengan sahabat qaribnya. Terfikir, dia ni memang tak pernah membezakan orang, ke?
Setelah 3 tahun berkawan dengannya, sy masih lagi ingin mengenalinya dengan lebih dalam. Pernah sekali dalam bulan ramadhan, sy solat sunat sebelah dia, sy dah habis baca doa, tapi dia masih dalam sujud yg akhir. Waktu org lain berebut2 untuk mengambil makanan untuk iftar, dia masih dalam sujudnya.Masya Allah. Sy masih menunggu dia. Usai dia berdoa kudusnya, sy menyalamnya. Subhanallah, genggaman erat dia bila bersalaman dengan sy, menyebabkan sy rasa macam nk menangis, x pernah ada org bersalaman dengan begitu erat sepertimana dia bersalaman dengan sy. Lepas bersalam, dia peluk, Ya Allah, waktu tu terasa ukhuwwah yg ada dlm hati dia..

Ketika sedang menunggu dr. utk kuliah, dia masih dengan majmu’ syarifnya. Kalau x majmu’ syarifnya, ma’thuratnya tak pernah lekang. Bila mulakan mesyuarat, dia membaca doa,terlalu lama, dan jika dia pengerusi majlis, dia akan pesan ‘ana minta antunna semua betulkan niat lillah, bkn krn sekadar mengisi masa mesyuarat ini”.
Subhanallah..

Pernah dalam satu mesyuarat, dia nmpk cukup letih. Saya tnya, “Enti penat?” Dia masih dlm senyum, dia kata “ Segala2nya dari Allah. Bila kita sihat, siapa yg bagi? Allah. Bila kita boleh berjalan siapa yg bagi?Allah. Bila kita sorang2, siapa di sisi ?Allah.Ana tak penat enti. Alhamdulillah”.Aduh teman, walau kau penat, ingatan kau masih kepadaNya..

Dalam satu program, dia jadi pengarah. Tamam program, dia diminta memberi ucapan akhir. Dia mulakan dengan basmallah. Dalam dia menyebut basmallah dia menangis. Haru waktu tu. Ingat lagi ucapan awalnya, “Adik2, ana rasakan cukup tak layak untuk berdiri di sini, ana sekadar ingin mengucapkan syukur ke hadratNya, atas peluang ini, kerana dipilih olehNya ….” Dia menangis lagi..

Saya akui sy cukup cemburu dengannya. Dia seorang yg cukup ayu, manis, lemah lembut, manja. Tapi bukan itu yg sy cemburu dengannya, bukan kerana keayuannya, bukan kerana manjanya, bukan kerana pengaruhnya, tetapi ketenangannya. Sy tak tahu dari mana dia dapat tenang. Sy betul2 tak tahu macam mana dia boleh tersenyum bila org lain mula risau nk terima result. Katanya ‘jgn takut dengan result kita, tp takutlah andai usaha kita x seberapa dgn apa ygAllah dah bg kita’.Subhanallah..

Mungkin terlalu sempurna cara sy describe diri dia. Mana ada manusia sesempurna itu. Tetapi sy akui, sy cukup kagum dengan dirinya. Dan sy masih lagi tak tahu jawapan, dari mana dia dapat ketenangan itu…

Hingga akhirnya, minggu lepas, kami sama2 terlibat dalam aktiviti jemaah Ada sessi ta’aruf.Semua perlu menceritakan kenangan manis dlm jemaah. Masing2 memberi jwpn masing2..Tetapi smpai ke turn dia semua senyap. “Kenangan ana yg paling manis ialah apabila ANA MENGENALI ALLAH”.Ada manik2 jernih dari matanya apabila dia mengucapkan begitu. “Kenangan ana yg paling pahit ialah………(maaf, akta kerahsiaan)..tetapi ana percaya, dalam pahit di akhirnya, ana rasa sangat manis, kerana ana DAPAT MENGENALI ALLAH lebih dekat lagi”..Subhanallah!!

Dan akhirnya, sy ketemui jawapan persoalan sy. Ketenangan yg ada dlm dirinya adalah kerana dia mengenali ALLAH..Subhanallah, beruntungnya sahabatku itu, dipilih oleh Allah, untuk merasakan manisnya iman…

Setelah sy mendapat jwpn, terasa ingin lagi mengenalinya. Sy tanyakan shbt baik dia, ttg dirinya. Sy tanya, kenapa si dia boleh bergaul dengan semua org dalam kadar yg sama rata, seolah2 manusia ini tiada perbezaan, yg baik ke yg tak. Lantas shbt itu berkata, “Dia kata, Semua manusia sama, semuanya MAKHLUK ALLAH”. Ya Allah sahabatku itu! Patutlah dgn ahli jemaah dia rapat, dengan org Muslimat lain yg bukan sejemaah pun dia rapat..Subhanallah…

Saya tanya lagi, macam mana cara dia belajar? “Dia selalu pesan kat ana, jgn dirisau pasal result, tp risaulah andai usaha yg diminta x secocok dengan apa yg Allah bg”..
Subhanallah!!

Subhanallah. Betullah, sms yg ana terima dari seorang sahabat “keyakinan kepada Allah adalah air yg tak pernah kering,menjadikan seseorang Muslim tetap tegar di saat orang lain berguguran dan tetap tenang di saat org lain ketakutan”.

Dan saya masih lagi cemburu dengannya. Kali ini bukan kerana ketenangannya. Tetapi kerana dia sudah merasakan halawatul iman, sedangkan saya masih jauh untuk menggapai kemanisan iman. Terasa cukup cemburu….

Tetapi apakan daya, hidayah itu adalah milik Allah. Cuma apa yg saya benar2 harapkan tika ini, saya juga diberi peluang untuk mengenali Allah, untuk mengasihiNya, untuk mengasihi rasulNya, untuk menjunjung sepenuh kasih KalamNya, untuk melakukan segala sesuatu keranaNya semata2…Tetap akui, masih jauh Hati sy perlu dibersihkan dari segala sifat mazmumah; suudzon, amarah, riya’, hasad, takabbur, hubbun dunnya…
Sy perlu mengisi kekosongan hati ini dengan ilmu, iman dan amal..

Saya perlu bermujahadah.Sy perlu menyemai ukhuwwah dengan semua muslim keranaNya, sy perlu pagari diri sy dari tuntutan nafsu yg kadang-kala menundukkan iman yg nipis…

Segalanya perlu ilmu. Ilmu untuk mengetahui kebesaran Allah.
Segalany perlu iman. Iman yg meyakini dengan hati, lidah, perbuatan dan beriltizam untuk beramal keranaNya
Segalanya perlu amal. Amal untuk buktikan kasih kita padaNya..
Segalanya perlu mujahadah. Tetapi mana ada benda yg akhirnya manis, didapati dengan mudah..
Segalanya perlu hidayah Allah…..


Ya Allah..
Izinkan aku mengenaliMu da mengasihiMu
Izinkan kami mengenaliMu dan mencintaiMu,
Berikan kami kesempatan utk mengecapi halawatul iman,
Berikan kami peluang untuk mengasihi RasulMu
Izinkan kami menjunjung sepenuh kasih KalamMu..
Kerana,
Kami mahu terglong dalam org2 yg Engkau pilih
Tergolong dlm gol org2 yg Engkau redhai..
Amin Ya Rabbal ‘Alamin..

December 26, 2005

KALAM BUATMU TEMAN


Bismillahirrahmanirrahim..

Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yg kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

Wahai temanku an nisa’
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yg seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yg diimpi,
Seorang serikandi..

Wahai temanku an-nisa’
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,
Temanmu ar-rijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisa’
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi jgnlah engkau cemarkannya dengan fitnah.

Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yg menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an nisa’
Dia kan terjerumus ke dlm api yg membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yg gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?


Waai temanku ar-rijal
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,

Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya kranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yg ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api yg menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa’
Sahabatku ar-rijal
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yg hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
Sedikit cuma..

Andai Dia yg engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakan
“I love you”.
Kerana engkau percaya..
DIA yg terbaik..
Lantaran DIA yg terbaik
DIA akan menentukan yg terbaik untukmu,
Dan andai dia yg terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yg terbaik buat kalian…
Kalau ada jodoh tak ke mana..
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?


Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membencimu munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yg menjunam itu,
Aku menegur yg mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama2 meredah lautan api,,,
Yg terlalu pedih, yg terlalu seksa, yg terlalu AZAB!!!
Na’uzubillah min zalik…

Sama2lah teman
Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah Ia,
Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan Ia..
Serahkan segalanya pada Ia..
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak…….
Alllu’alam….

Akhirul kalam
Letakkan si DIA dlm hatimu,
Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kpdNYA
Engkau akan gelisah andai DIA
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai
Doamu ditolak..Dan itulah cinta hakiki..
Kerna engkau yakin
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yg Indah..

Bercintalah kerana ALLAh..
Dan Egkau akan merasakan
Erti bercinta yg sebenar
Insya ALlAH!!

December 22, 2005

diari hari ini

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum,
1.
baru lepas xm.
tawakkal sepenuhnya.
exam, entah biarlah..tawakkal..
tp sgt mengharap lulus,
sbb sgt penting utk amik pro 2,
kalo x amik pro 2, kena repeat another year.
nauzubillah min zalik..
doakan sy, ya sahabat?

2.
bnyk benda dlm fikiran.
x tau nk mula dr mana.
gathering sekolah, alumni,kwn2 yg terlalu asabiyah
(alah ni prog kita, bukan dia)
(salahke buat sekali? kita kan org Islam?)
(hmm, tp kita lebih baik dr mereka)
(argh! perasan! jemaah centric, bukan ummatic centric)
munkar yg makin bnyk kat usmkk
nk buat apa?
kes severe couple!!
Astaghfirullah!
nk buat apa ni??
Ya Allah permudahkan urusan kami..

3.
perasaan yg sejak akhir2 ni tak tentu hala
sebab iman merudum..
sedih yg berpanjangan..
Astaghfirullah
Gelisah yg tak tentu fasal..
Astaghfirullah
Ya Allah
peliharalah diriku dari kegelisahan ini..
Ya Allah bantulah hambaMu ini..
Sinarkan hatiku dengan cahaya Rabb Mu
jadikan hatiku hati seorang mujahidah solehah
jadikan akhlakku akhlak wanita solehah
jadikan fikiranku pejuang bertaqwa!!


4.
Diyana,
namamu cukup bermakna
CAHAYA KEAGAMAAN
jgn biarkan ia sekadar nama
buktikanlah,
berjuanglah
jgn biarkan air matamu mengalir atas perkara sia-sia
jgn biarkan fikiranmu tak merancang utk pejuangan agamamu
kuatkan semangat
la tahzan!!
kerana engkau punya nama
bawa makna besar
Cahay Keagamaan
buktikan wahai diri!!!

Allahu Akbar!!



December 18, 2005

Peranan seorang wanita Islam

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.

Terpanggil untuk sama2 menghayati fatwa Yusuf Qardhawi tentang peranan wanita dalam pembentukan ummah.


Yang diharapkan dari seorang wanita ialah menjadi ibu yang
menggalakkan anaknya untuk syahid,
seorang isteri yang meransang suaminya untuk
berjihad
, dan melakukan pengorbanan, seorang mu'minah yang mewakafkan diri &
usahanya unutk jalan Allah,
dan seorang 'alim yang menghafaz al-Quran serta
melaksanakan apa yg dipelajari untuk amar ma'ruf
Ayuh akhawat sekalian! Dengan nama Allah dan atas dasar tautan aqidah yg menautkan hati kita sesama Islam, saya menyeru diri juga sahabat untuk bersama-sama berusaha dan bermujahadah ke arah pembentukan mu'minah yg solehah, mu'minah yg benar2 dapat mengubahkan masyarakat. Zaman jahiliyyah dah lama ditinggalkan. Orang perempuan bukan lagi pelepas nafsu seperti mana zaman jahilyyah dahulu, tapi kita kini wanita pemangkin ummah..

Mungkin dalam konteks kita sebagai pelajar, isu menggalakkan anak dan suami masih belum relevan, tetapi, isu untuk menjadi 'alim yg menghafaz al Quran dan berbakti kepada Islam SEPENUHNYA adalah sangat relevan, (kalo ikut statistik yg sy beljar, p value dia sgt significant).. Lantaran itu akhawat sekalian, sy mengajak diri juga sahabat bersama2 kita sertai perjuangan rasul tercinta disemai dengan ukhwah tercinta. Bersama2 kita islahkan diri. Kalo dulu kita kata, 'aku x layak', 'ilmu aku x cukup' buangkan tanggapan negatif tersebut, tetapi sebaliknya katakanlah 'aku kena berubah, utk Islam', 'aku kena menuntut ilmu dunia dan akhirat', ' ya akulah pejuang wanita Islam'.

Ayuh sahabt, jgn berlengah. Hidayah Allah jgn dipinggirkan. Sekali dia datang, jgn dilepaskan, sekali dia menjengah, sambutlah ia dengan tangan yg cukup terbuka, sekali ia bertamu, jgn biarkan ia pergi. Ayuh sahabt, mari sama2 kita susuri perjuangan ummul mu'minin khadijah, yg hartanya bukan utk sorang2( bila dah kerja ada rezki, wakafkan utk Islam), seperti aisyatul humaira' yg ilmunya x disimpan sorang2 (sebarkan ilmu, ajar kwn2 yg x faham, buat study group yg aktif, buat program akademik utk kecemerlangan ummah).Juga seperti wanita mu'minah yg begitu agung kisahnya, asma' abu bakar, yg sanggup merentas padang, walau dihalang demi bekalan makanan buat Rasul tercinta, juga buat ayahanda yg pengasih, seperti Zinnirah, yg rela matanya dibutakan, tetapi iman seorang lelaki terpelihara, seperti Nusaybah, walau tgn kudung dicincang dlm perang, demi Rasul dan demi Islam dia pertaruhkan nyawanya.

Aduh sahabt! jgn terleka! Kita tak punya masa untuk katakan aku x layak. Siapa lagi kalo bukan kita untuk tolong agama Allah.Persiapkan diri dengan ilmu, iman dan amal. bila org ajak g kelas agama rebut peluang ni, jangan kata nanti dululah ek?? Segan.. Hmm, kikis jauh2 perasaan segan kerana manusia..Apa akan kita jawab nanti, bila di hadapan semua manusia dari zaman nabi Adam, Hakim paling Adil, di mahkamah paling agung, kita dimalukan apabila hnya bagi jwpn 'err...aku,...' bila ditanya 'apa sumbangan mu untuk Islam, bagaimana masa mudamu dihabiskan?'...

Bukankah keadaan itu lagi memalukan?
tidak inginkah kamu jadi perhiasan termahal di dunia,
jadi wanita syurga yg cukup indah yg tak terbayang dek akal?
kita boleh spend berpuluh2 ringgit utk facial cleanser, toner, mosturizer, scrub, syampoo, conditioner, etc..
tp bila disebut perjuangan islam, apakah kita masih mam[u mendabik dada "aku org Islam!"
Allahu 'alam
Teruskan perjuangan!
Allahu Akbar!!

December 14, 2005

tazkirah ringkas

asalamualaikum

Mungkin kerana kita leka, sekali pena terlepas dari genggaman tangan,ucapan'opps' mendahului 'YA ALLAH',
bila perut kenyang 'kenyangnya' mengatasi 'ALHAMDULILLAH',
bila diri terpegun oleh keindahan alam, 'SUBHANALLAH' tertutup oleh 'cantiknya,
bila dikunjung berita malang, 'kasihannya' terucap kerana kita lupa 'INNALILLAH',
kadangkala kita lupa kerana terbiasa,
tapi ingatlah agar bila IZRAEL mendekati kita, biarlah ucapan 'LAILAHAILLAH' menjadi juara mengarasi segalanya.
quoted from a forwarded sms msg from my friend

December 13, 2005

Islam untuk semua

assalamualaikum..

sedikit kisah benar yang diubahsuai untuk tatapan semua...
"seorang muslimat puas mengajak sahabatnya untuk menganjurkan program, bukan program besar, tapi program yg sangat kecil, something untuk kebaikan adik-adik sekolahnya, yg makin lama makin sesak nafas melihat akhlak mereka..tudung entah ke mana, aurat entah ke mana"

D : Jom ar sahabat, kita tolong sekolah..
A : Awak nak buat program camner?
D : something pasal berharganya wanita, qiamulail, etc..tu hanya perancangan..kena penelitian..
A : alah, saya x macam awak, kerohanian x cukup, ilmu agama pun ntah mcm apa2, X layak ar!!
D : tp sahabat, sy sedih sgt tgk sekolah sekarang, at least dulu, pentarbiyahan sekolah cukup
hebat, tapi sekrang, bila dengar adik cerita pasal sekolah, sy jadi sedih..
A : huhu, saya x layak ar..saya x macam awak, kerohanian awak cukup mantap..
D : wahai sahabat, saya juga seperti awak, sama2 ingin mencari redha Allah, masih lagi
banyak kelemahan, dosa bertimbun..
A : argh, awak memang lain dari saya...
D : saya x nampak sebarang perbezaan dlm diri kita, saya lepasan sekolah Islam di sana,
awak pun, saya masuk U, awak pun, cuma course kita berbeza,tp dua2 course hebat,
apa masalahnya, sahabat?
A : awak x faham, sy rasa inferior dengan awak
D : saya lagi x faham, kenapa nk rasa inferior, bukankah dulu kita sama2 soff pimpinan sekolah?
bukankah kita sama2 tegur adik2 dulu? apa perbezaan kita?
A :oklah, saya akui, kita x de perbezaan, tp, tgk luaran dah tahu, awak ni budak baik2..
D : astaghfirullah al'azhim, awak x kenal sy lagi.sy bnyk sgt dosa, setiap hari ada je
'termengumpat', 'ter'tengok cd, etc..tp apapun, sy kena cuba, perbaiki amalan dari hari ke
heri..
A : erm, siapa lagi yg join..kalo gang2 tudung labuh boleh ar buat program ni..
D : apakah Islam itu utk org2 tudung labuh sahaja?
A : err, tak, tapi dorang ar layak nak tegur orang..
D : tp cara awak ckp Islam tu utk org tuduh labuh jer, maknanya orang yg x pakai tudung labuh
x layak ar amalkan cara hidup Islam? org yg tak gi surau, tak tutup aurat x bley ar yer?
A : err, bukan cam tu..tapi...
D : saya juga tak bertudung labuh, hanya tudung yg besar, tp sy sayangkan adik2 tu..
A : argh x layak ar...
D : marilah sahabat, saya tanya awak, ikhlaskan hati bila menjwab, apa perasaanmu melakukan
munkar sekarang?
A : saya akan rasa segan, sebab saya teringat pentarbiyahan kakak2 dulu..
D : jadi ingin lihat adik2 itu terlepas begitu sahaja? x nak ke kita jadi macam kakak2 dulu?
yg sentiasa ikhlas mentarbiyyah adik2, kita juga mahu seperti mereka, kita akan rasa
seronok melihat adik2 itu menjadi wanita solehah...bukan kerana nk dapat pujian, tp kerana
Islam juga..
A : awak x faham lagi, saya segan..
D : sampai bila awak?
A : sampai saya benar2 berubah..
D : awak tahu bila 100% awak akan berubah?
A : insya Allah, x lama lagi..
D : bila?
A : x tahu sampai bila..
D : kalo cam tu sampai bila2 lah adik2 tu terleka, sbb senior sume kata x layak..walaupun dah
masuk U, tp sume rasa pemikiran sama sahaja dgn adik2 tu..
A : adoi, pedasnya sindiran..
D : bukan sindiran, tp kenyataan..
A :tengok2 lah camner..nanti saya bagi tahu awak.terima kasih ya kerana mengajak.
D : senyum ( Ya Allah bukakanlah hatinya untuk menerima agamaMu)
****************

hmm, itulah kita kan? bila ajak nak buat program keagamaan mesti kata, " alah, aku x layak". tp sampai bila? bila kita rasa kita akan cukup 100% dengan ilmu, dengan amal? sedangkan ilmu yg kita tuntut sekarang hanya setitis air laut di dunia ni, jadi sampai bila kita nk khatamkan pengajian laut-laut ilmu Allah yg lain. saya teringat sabda nabi yg mafhumnya " setiap org yg mengucapkan syahadah adala pendakwah". Memang sy akui, kita bukan zaman para sahabat yg mana mereka terima pentarbiyahan terus dari rasulullah SAW, tp kita lihat sahaja zaman sekarang, argh Islam, hanya sekadar penyeri dalam IC..tp biahnya(suasanya) suasana Islam celup..jadi sahabat, marilah bersama2, mencari mardhatillah, pupuklah ukhwah di kalangan kalian, kasihanilah mereka yg masih belum mendapat HidayahNya,bantulah mereka mencari hidayahNya, dan sama2 lah kita bersama mereka mencari mardhatillah.. Insya Allah..